Hello! Welcome to AimiAmeeraNiros's Blog. Thanks for visiting, thanks for viewing && thanks for reading too. Please leave me some comment okay? (;

Monday, December 10, 2012

Ada apa dengan N-A-M-A?

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak update blog sempena esok Hari Jadi aku. Harap ada jugak kwn twitter or blog ke wish aku. Ngehehe. Mengada kan? Haha. Takpe, sekali sekala. K, dah nampak tajuk atas tu aku nak cerita tentang nama lah takkan pasal cinta

Ada apa dengan nama? Mungkin majoriti orang suka bagi nama anak dia HANYA kerana sedap bunyi nye. Nama tu modenlah. Yelahkan. Ada tak orang nak letak lagi nama anak dia macam mana orang dulu dulu. Aku rasa takda kan? Semua orang nak letak nama yang ala-ala orang putihlah, nama yang konon nya unik lah. *maaf kalau tersinggung* Bukan nak menghina, cuma bila dah tahu takda lah kita nak bagi nama anak or nama siapa siapa yang kita tak tahu maksudnya. Kan?

Nama bukanlah hanya pada IC. Tapi nama adalah segala-galanya. Pernah dengar tak kata-kata adalah satu doa. Samalah jugak macam nama kita. Sebab itulah nama kita mesti mempunyai maksud nama yang baik supaya orang yang panggil itu ibarat dia mendoakan kita supaya menjadi yang baik seperti nama kita. 

Aku cuma nak kongsi sikit maksud nama Aimi dan Ameera. Okay, siapa yang macam nama aku tu korang memang 'ohhsemm' haha. Nak tahu sebab apa. Maksud nama tu terlampau indah. Jadilah macam nama kita tu.

Nama:
Aimi / Aimee / Aimey / Aimia / Aimie / Aimy / Amada / Amadea / Amadi / Amadia / Amadita / Amanada / Amanda / Amandalyn / Amandi / Amandie / Amandy / Amanta / Amia / Amie / Amilee / Amiko / Ammie /Ammy / Amy

Maksudnya :
Kesayangan / Yang layak untuk dicintai

Nama:
Ameera / Ameerah / Amera / Amerah / Amirah / Amyra / Amyrah / Meera / Meerah / Mera / Merah / Mira / Mera

Maksudnya:
Puteri

Kalau korang perasan ejaan dia kadang lain kan? Tapi maksud dia sama. Yang maksud nama A-M-E-E-R-A tu aku cari wikipedia. Dan sebelum ni pun aku memang dah pernah cari apa maksud nama tu. Cuma maksud nama A-I-M-I je aku tak jumpa jumpa finally aku pergi search dekat google jumpa satu blog yang bertajuk Koleksi Nama-Nama Bayi . Dari situ aku  jumpa maksud nama Aimi. Maksud nama aku ialah Puteri Kesayangan / Puteri Yang Layak Untuk Dicintai. Ya Allah indah nya nama tu. Aku bersyukur ada nama macam tu. In syaa Allah, aku akan jadi Puteri kesayangan Mama & Papa :')

Aku buat entry macam ni sebab aku terbaca Blog Ustaz Don Daniyal. Tapi sayang, ustaz tu jarang update blog dia. Tapi masih banyak information yang boleh kita dapat dari situ. In syaa Allah.

Me,

Sunday, December 9, 2012

Happy Birthday to ME!

hey, assalamualaikum.



First thing yang aku nak share is next week is my birthday! Hohoho. I can't wait. Alhamdulillah, now aku dah bertudung sepenuhnya. Takde buka buka dah. Aku bernazar nak bertudung bila dah birthday aku. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Bila dah bertudung rasa tenang sangat. Lagipun cousin aku kecil kecil dah pakai tudung. Tapi dorang okay takde nak menyindeir ke apa. Bagus kan? Klah. Bye :-*

Me,

Sunday, December 2, 2012

Cinta Pandang Pertama ♥

assalamualaikum & selamat sejahtera?
hari ni aku rajin nak update blog dan menaip buat cerita pendek. kan aku pnh ckp ngn krg yg aku tringin nak buat cerita pendek dlm blog aku ni. okay, teruskan membaca (:
-----------------------------------------------------------------------------------------
Mata Tiara Kirana hanya tertumpu ke dinding dan sedang melihat gambar keluarga. Tiara hanya mampu terbaring di atas katil sambil otaknya berpusing ligat tentang pekerjaan apa yang ingin diceburinya lagi. Tiara Kirana ialah seorang penggangur dan tidak mempunyai kerja yang tetap. Sungguhpun segulung ijazah telah digengam oleh Tiara tetapi peluang pekerjaan zaman ini terlalu kompetitif. Bukan sahaja peluang pekerjaan terlalu kompetitif malah tuan punya badan pun agak memilih untuk bekerja. Oleh kerana itu, ibu tiara iaitu Sara Abdullah sering menegurnya "Life is not easy, okay! Apa yang ada depan mata tu ambil je. Jangan nak memilih sangatlah Tiara. Kalau tak sampai ke tua awak tu takda kerja". Kata-kata ibu Tia sering bermain di otak Tiara.
************
"Hmmmm, daripada aku duduk rumah je bagus aku pergi jalan jalan sekejap. bosanlah duduk rumah" Ni lah kerja Tiara kalau tiada kerja sejak Tiara mula dipecat di kedai makan SFR. Kalau nak diikutkan kesalahan Tiara tak lah berat sangat cuma masa itu Supervisor dia time tu tengah takda mood. Apa lagi kena 'hentam kaw kaw' lah Tiara masa tu. Semenjak itu Tiara serik untuk mengambil kerja part-time lagi. "Mama, mulai sekarang Tia nak cari kerja betul-betul lah. Nak buka butik ke kedai makan ke?" "Bukan main lagi kau ye, nak buka butik la kedai makan lah, ingat modal buka kedai tu sikit je belanja nya" "Alaa, mama ni tak salah kalau nak berangan kan, mana lah tahu betul jadi ke. Hehe".

*************
3 tahun kemudian....
Akhirnya cita-cita Tiara Kirana hampir tercapai. Sebelum dia membuka butik miliknya, Tia bekerja di butik 'Barbie Doll Boutique', iaitu butik rakannya. Dia belajar cara-cara bagaimana untuk menjaga butik, menguruskan butik dan sebagainya di butik rakannya. Pada masa itu juga, Kamelia sangat memerlukan pekerja. Tanpa Kamelia berfikir panjang dia terus menerima Tiara sebagai pekerja di butiknya. 3 tahun bekerja di situ, banyak kenangan pahit manis dilaluinya. Kenangan tersebutlah mengajar erti kehidupan dalam hidup Tiara Kirana.

*************
2 bulan kemudian....
Lelaki yang berkereta mewah yang dianggap misteri bagi Tia tu sering lalu dihadapan Butik TK iaitu singkatan daripada Tiara Kirana. Tiara sering memerhatikan lelaki yang ala-ala kacukan 'Mat Saleh' itu. Siapa tak tertarik dengan lelaki tersebut, kereta besar, bertubuh sasa, segak dan bergaya. "Ahhhh.. Angan-angan je lah Tia untuk kau memiliki dia. Yelah, siapa je nak pandang muka aku yang kerja kat butik tak seberapa ni...", bisik hatinya sendiri lantas memusnahkan angan-angannya tadi. Cepat-cepat Tia mengalihkan pandangannya, takut lelaki misteri itu sedar. Sebenarnya sudah lama Tia memerhatikan lelaki itu dari jauh kerana bagi Tia hanya melihat lelaki misteri tersebut sudah mampu membuat dia berada di awangan. Tia mula perasan lelaki tersebut melangkah masuk ke dalam butiknya. Muka Tia terus bertukar merah padam kerana malu kalaulah lelaki tersebut tahu akan Tia sering melihat dia dari jauh. "Hai, boleh saya bantu?", aku terus menegurnya untuk mengawal perasaan maluku ini. Lelaki yang besuara garau itu terus membalas, "Saya nak cari baju kurung untuk mak saya. Rasa-rasanya ada tak saiz untuk mak saya. Yelah, lagi pun badan mak saya bukan macam ratu cantik. Hehehe..", katanya lelaki itu sambil tersenyum kepada aku. "Handsomenya laki ni. Ada lesung pipit pulak tu...". "Cik... Hello... Cik...", tiba-tiba suara seorang lelaki memadamkan imaginasiku sambil melihat muka aku dengan seribu persoalan. "Haaa?", Tia mengangkatkan keningnya kepada lelaki tersebut. "Ohhhh, mestilah ada. Jangan risau, dekat sini saiz XS-XXXXXXL pun ada dijual", kata Tia dengan penuh semnagat kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya membalas dengan senyumannya terhadap aku. Mungkin inilah yang dinamakan 'Cinta Pandang Pertama'.

BERSAMBUNG......

Me,

Sunday, October 14, 2012

Precious Moment...

Assalamualaikum semua! Aku nak update blog aku hari ini memandangkan aku dah habis final exam!! Hurayyyy. Happy sangat lah kann. SPM melambai-lambai sambil tersenyum kat depan sana tu. Tapi aku masih tinggal lagi satu paper. Sejarah PAPER 3 youuuu. Yeeee, paper 3.

Tadi buka camera nak tengok gambar sekejap. Buka-buka check-check ada gamba lama yag aku balik KL harituuu. Tu yang semangat semacam nak update blog ni. Haha. Jap jap. Ada dengar lagu kat blog aku ni tak?? Lagu baru k :) Haha. Fall in love dengan lagu ni sekarang!

First-first nak cerita pasal Hari Raya kat KL, Negeri Sembilan & Selangor hari tuu. Sumpah best oi! Duit raya masyukkk! RM 300++. Ngeeee. Sorry takde gamba untuk Hari Raya. Kalau nak tengok, carik Instagram aku, @aimiameera. Dah-dah pergi carik sana. Haha. Tak nak tengok pun takpe, tak paksa. K.

Lepas tu kami sambut birthday mama. Birthday kena delay sebab birthday mama tahun ni masa puasa, 11/8. Sebab tu celebrate lambat. Kami tak plan betul2 pun cuma Abang Ajim (cousin) plan dengan Along (cousin) nak pergi Secret Recipe untuk cari kek. Diorang tanya lah, dekat area Senawang ada Secret Recipe tak? So, aku cakap lahh ada. Dekat pulak tu dari rumah.



Muka mama without make-up

Chocolate Indulge Cake Secret Recipe. Harga dia tett! Haha. Rasa dia sumpah sedapppp!

Mama and Ibu.
*Jap jap, mesti korang tertanya-tanya. Dia ni ada dua ibu ke? kann kan. Aku time kecil lagi aku di jaga oleh makcik aku (baju warna kelabu) dan memang sejak dari kecil panggil makcik aku tu IBU.*

Papa and Mama.

Papa and Mama

Habis cerita sambut birthday mama. Now, nak cerita tentang kami pergi JPO (Johor Premium Outlets) dekat.... JOHOR lahh! haha. First time pergi situ, barang situ ada yang murah sangat-sangat and ada yang mahal sangat-sangat sampai nak tengok benda tu pun, tak payah lahh. hahaha. Teruk sangat bunyi. And, nak tahu tak kami pergi situ tanpa tahu selok belok jalan but now, dunia dah maju. GPS kan ada ;) So, pergi situ berpandukan GPS jelah.


Love them.

BR ni sedapp. Pergh!





Becuti sampai tup tup abang dah nak balik UTHM. Dia belajar IT kat sana ambil diploma. Lepas tu hantar abang. Mama and papa cakap apa kata kalau tido semalam kat Johor. Tulahh yang tido semalaman dekat johor.

tengah malam pergi keluar cari Tutti Frutti.



Aku buat kat rambut adik. Cantik tak? ;)



Kami sekeluarga mandi dekat Kolam Air Panas Pedas. Pedas tu nama dia k. Bukan kolam tu pedas. Haha. 

Last day before nak balik Kuching, keluarga aku and keluarga makik aku pergi lepak dekat KLCC tengok air pancut. Cantikkkk youu. Air tu dia ikut rentak muzik lepas tu warna-warni. Cantikklah.

Ohhh, Kuala Lumpur.. Kotarayaku..

Papa and Mama












Sebenarnya gamba ni sepatutnya dekat atas sebab ni kami pergi sebelum last day nak balik Kuching lagi. Aku cakap dekat papa. Orang selalu post gambar makan dekat Ikea. Nampak macam sedap, jum kita pergi jumm. So, papa cakap iyelahh. Jumm!


OTW nak pergi Ikea, nampak pulak Sri Pentas.






Time to eattt! Nyum nyum nyum.

Favourite!










-THE END-



Sincerely,
Aimi Ameera.



Friday, September 7, 2012

TM Earth Camp Borneo Zone (Sarawak) 2012

assalamualaikum dan selamat sejahtera.



nampak tak logo tuuu? paham tak? tak paham. takpe. baca entry ni sampai habis dulu. tapi aku tak cerita details lah sbb malas lah nak menaip panjang.

hei hei. lamak tak update blog kan kan. sebenarnya aku jarang update blog semnjak ada smartphone. mana tak. semua benda kita nak buat. buka hp, daahhh dapat online kan? harini aku nak cite tentang camping KPA aku harituu. seriuosly best! lagi-lagi dengan kawan rapat! mana tak best. hahaha.

 
kami bertolak dari Kuching Sentral sehari sebelum camping KPA tu start. sebab dari kch ke Miri jaohh tuu. 12 or 13 jam. lama kan kan? kami bertolak dari kch sentral lbh krg dlm pkul 6.30. berhenti kat serian sekejap untuk berhenti makan. lain yang order lain yang dapat -.-

sampai- sampai Miri kami bermalam dekat Kolej Tuanku Datu Haji Bujang. keesokkan nya baru lah kami menjalani hari hari sbgai peserta tm earth camp dekat borneo tropical resort dekat miri. byk benda yg kami dpt pelajari yg mungkin takkan dpt kat sekolah or mana-mana.

akhir sekali, nahhh gamba kami dengan budak-budak wakil sarawak yang mnyertai tm earth camp hari tuu.




Me, 
Aimi Ameera.

Sunday, June 10, 2012

Someday

Taknak cakap panjang. Tengok je gambar. Assalamualaikum!






Me,
Aimi Ameera

Sibu...

Assalamualaikum & Selamat Sejatera...

Alamdulillah hari ni aku nak update tentang hari tu masa 2,3,4 Jun kami pergi Sibu. Perjalanan yang amat lama. Penat+Ngantok+Bosan=Tidur. Jauh yang termat sangat. Dah sampai Sibu carilah hotel sbb papa dah booking awal hotel tu. Org tu kata area Premier Hotel. So, carilah. Dah jumpa hotel, tetiba rasa nak senyum lebar sbb hotel tengah-tengah bandar youuuu! Hahaha. Nak pergi mana-mana. Jalan kaki je. Sbb area tu susah nak cari parking. Satu hari tu kami jalan-jalan area tu je dengan jalan kaki. Yelah takut parking kereta kena ambil orang. Hahaha.

Aku ada dua ekor kucing. seekor betina seekor jantan. Si Jantan tu lasak sikit, so trpksa tggal kn dia kat kpg untuk dijaga oleh pakcik and makcik aku. Tq :D Si kiki jelah yang ikut kami pergi Sibu sbb dia tak lasak sangat. Apahal aku cerita pasal kucing pulak eh? Haaha. Malaslah nak cakap panjang-panjang. Tengok je gamba ea ;)

 Si Kiki tidur dalam kereta. Comel  tak? ;)


 Sssssss.. Ada bran?


Dengan tekunnya aku bawa buku addmath tapi buatnya sikit je. HAHA :D 


Selamat Hari Gawai 


Pintu Gerbang Sibu. Cantik kan?


My heart :)


Peek-a-boo! Hahaha.


Rupa cantik tapi rasa tak dapat lawan Big Apple lah.


Again!

Dah tengok dah? Kalau dah tengok gamba kat ata tu sampai bawah ni. Jangan lupa tak follow pulak. Hahaha.

Me,
Aimi Ameera