Hello! Welcome to AimiAmeeraNiros's Blog. Thanks for visiting, thanks for viewing && thanks for reading too. Please leave me some comment okay? (;

Monday, December 10, 2012

Ada apa dengan N-A-M-A?

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak update blog sempena esok Hari Jadi aku. Harap ada jugak kwn twitter or blog ke wish aku. Ngehehe. Mengada kan? Haha. Takpe, sekali sekala. K, dah nampak tajuk atas tu aku nak cerita tentang nama lah takkan pasal cinta

Ada apa dengan nama? Mungkin majoriti orang suka bagi nama anak dia HANYA kerana sedap bunyi nye. Nama tu modenlah. Yelahkan. Ada tak orang nak letak lagi nama anak dia macam mana orang dulu dulu. Aku rasa takda kan? Semua orang nak letak nama yang ala-ala orang putihlah, nama yang konon nya unik lah. *maaf kalau tersinggung* Bukan nak menghina, cuma bila dah tahu takda lah kita nak bagi nama anak or nama siapa siapa yang kita tak tahu maksudnya. Kan?

Nama bukanlah hanya pada IC. Tapi nama adalah segala-galanya. Pernah dengar tak kata-kata adalah satu doa. Samalah jugak macam nama kita. Sebab itulah nama kita mesti mempunyai maksud nama yang baik supaya orang yang panggil itu ibarat dia mendoakan kita supaya menjadi yang baik seperti nama kita. 

Aku cuma nak kongsi sikit maksud nama Aimi dan Ameera. Okay, siapa yang macam nama aku tu korang memang 'ohhsemm' haha. Nak tahu sebab apa. Maksud nama tu terlampau indah. Jadilah macam nama kita tu.

Nama:
Aimi / Aimee / Aimey / Aimia / Aimie / Aimy / Amada / Amadea / Amadi / Amadia / Amadita / Amanada / Amanda / Amandalyn / Amandi / Amandie / Amandy / Amanta / Amia / Amie / Amilee / Amiko / Ammie /Ammy / Amy

Maksudnya :
Kesayangan / Yang layak untuk dicintai

Nama:
Ameera / Ameerah / Amera / Amerah / Amirah / Amyra / Amyrah / Meera / Meerah / Mera / Merah / Mira / Mera

Maksudnya:
Puteri

Kalau korang perasan ejaan dia kadang lain kan? Tapi maksud dia sama. Yang maksud nama A-M-E-E-R-A tu aku cari wikipedia. Dan sebelum ni pun aku memang dah pernah cari apa maksud nama tu. Cuma maksud nama A-I-M-I je aku tak jumpa jumpa finally aku pergi search dekat google jumpa satu blog yang bertajuk Koleksi Nama-Nama Bayi . Dari situ aku  jumpa maksud nama Aimi. Maksud nama aku ialah Puteri Kesayangan / Puteri Yang Layak Untuk Dicintai. Ya Allah indah nya nama tu. Aku bersyukur ada nama macam tu. In syaa Allah, aku akan jadi Puteri kesayangan Mama & Papa :')

Aku buat entry macam ni sebab aku terbaca Blog Ustaz Don Daniyal. Tapi sayang, ustaz tu jarang update blog dia. Tapi masih banyak information yang boleh kita dapat dari situ. In syaa Allah.

Me,

Sunday, December 9, 2012

Happy Birthday to ME!

hey, assalamualaikum.



First thing yang aku nak share is next week is my birthday! Hohoho. I can't wait. Alhamdulillah, now aku dah bertudung sepenuhnya. Takde buka buka dah. Aku bernazar nak bertudung bila dah birthday aku. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Bila dah bertudung rasa tenang sangat. Lagipun cousin aku kecil kecil dah pakai tudung. Tapi dorang okay takde nak menyindeir ke apa. Bagus kan? Klah. Bye :-*

Me,

Sunday, December 2, 2012

Cinta Pandang Pertama ♥

assalamualaikum & selamat sejahtera?
hari ni aku rajin nak update blog dan menaip buat cerita pendek. kan aku pnh ckp ngn krg yg aku tringin nak buat cerita pendek dlm blog aku ni. okay, teruskan membaca (:
-----------------------------------------------------------------------------------------
Mata Tiara Kirana hanya tertumpu ke dinding dan sedang melihat gambar keluarga. Tiara hanya mampu terbaring di atas katil sambil otaknya berpusing ligat tentang pekerjaan apa yang ingin diceburinya lagi. Tiara Kirana ialah seorang penggangur dan tidak mempunyai kerja yang tetap. Sungguhpun segulung ijazah telah digengam oleh Tiara tetapi peluang pekerjaan zaman ini terlalu kompetitif. Bukan sahaja peluang pekerjaan terlalu kompetitif malah tuan punya badan pun agak memilih untuk bekerja. Oleh kerana itu, ibu tiara iaitu Sara Abdullah sering menegurnya "Life is not easy, okay! Apa yang ada depan mata tu ambil je. Jangan nak memilih sangatlah Tiara. Kalau tak sampai ke tua awak tu takda kerja". Kata-kata ibu Tia sering bermain di otak Tiara.
************
"Hmmmm, daripada aku duduk rumah je bagus aku pergi jalan jalan sekejap. bosanlah duduk rumah" Ni lah kerja Tiara kalau tiada kerja sejak Tiara mula dipecat di kedai makan SFR. Kalau nak diikutkan kesalahan Tiara tak lah berat sangat cuma masa itu Supervisor dia time tu tengah takda mood. Apa lagi kena 'hentam kaw kaw' lah Tiara masa tu. Semenjak itu Tiara serik untuk mengambil kerja part-time lagi. "Mama, mulai sekarang Tia nak cari kerja betul-betul lah. Nak buka butik ke kedai makan ke?" "Bukan main lagi kau ye, nak buka butik la kedai makan lah, ingat modal buka kedai tu sikit je belanja nya" "Alaa, mama ni tak salah kalau nak berangan kan, mana lah tahu betul jadi ke. Hehe".

*************
3 tahun kemudian....
Akhirnya cita-cita Tiara Kirana hampir tercapai. Sebelum dia membuka butik miliknya, Tia bekerja di butik 'Barbie Doll Boutique', iaitu butik rakannya. Dia belajar cara-cara bagaimana untuk menjaga butik, menguruskan butik dan sebagainya di butik rakannya. Pada masa itu juga, Kamelia sangat memerlukan pekerja. Tanpa Kamelia berfikir panjang dia terus menerima Tiara sebagai pekerja di butiknya. 3 tahun bekerja di situ, banyak kenangan pahit manis dilaluinya. Kenangan tersebutlah mengajar erti kehidupan dalam hidup Tiara Kirana.

*************
2 bulan kemudian....
Lelaki yang berkereta mewah yang dianggap misteri bagi Tia tu sering lalu dihadapan Butik TK iaitu singkatan daripada Tiara Kirana. Tiara sering memerhatikan lelaki yang ala-ala kacukan 'Mat Saleh' itu. Siapa tak tertarik dengan lelaki tersebut, kereta besar, bertubuh sasa, segak dan bergaya. "Ahhhh.. Angan-angan je lah Tia untuk kau memiliki dia. Yelah, siapa je nak pandang muka aku yang kerja kat butik tak seberapa ni...", bisik hatinya sendiri lantas memusnahkan angan-angannya tadi. Cepat-cepat Tia mengalihkan pandangannya, takut lelaki misteri itu sedar. Sebenarnya sudah lama Tia memerhatikan lelaki itu dari jauh kerana bagi Tia hanya melihat lelaki misteri tersebut sudah mampu membuat dia berada di awangan. Tia mula perasan lelaki tersebut melangkah masuk ke dalam butiknya. Muka Tia terus bertukar merah padam kerana malu kalaulah lelaki tersebut tahu akan Tia sering melihat dia dari jauh. "Hai, boleh saya bantu?", aku terus menegurnya untuk mengawal perasaan maluku ini. Lelaki yang besuara garau itu terus membalas, "Saya nak cari baju kurung untuk mak saya. Rasa-rasanya ada tak saiz untuk mak saya. Yelah, lagi pun badan mak saya bukan macam ratu cantik. Hehehe..", katanya lelaki itu sambil tersenyum kepada aku. "Handsomenya laki ni. Ada lesung pipit pulak tu...". "Cik... Hello... Cik...", tiba-tiba suara seorang lelaki memadamkan imaginasiku sambil melihat muka aku dengan seribu persoalan. "Haaa?", Tia mengangkatkan keningnya kepada lelaki tersebut. "Ohhhh, mestilah ada. Jangan risau, dekat sini saiz XS-XXXXXXL pun ada dijual", kata Tia dengan penuh semnagat kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya membalas dengan senyumannya terhadap aku. Mungkin inilah yang dinamakan 'Cinta Pandang Pertama'.

BERSAMBUNG......

Me,