Hello! Welcome to AimiAmeeraNiros's Blog. Thanks for visiting, thanks for viewing && thanks for reading too. Please leave me some comment okay? (;

Monday, December 10, 2012

Ada apa dengan N-A-M-A?

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak update blog sempena esok Hari Jadi aku. Harap ada jugak kwn twitter or blog ke wish aku. Ngehehe. Mengada kan? Haha. Takpe, sekali sekala. K, dah nampak tajuk atas tu aku nak cerita tentang nama lah takkan pasal cinta

Ada apa dengan nama? Mungkin majoriti orang suka bagi nama anak dia HANYA kerana sedap bunyi nye. Nama tu modenlah. Yelahkan. Ada tak orang nak letak lagi nama anak dia macam mana orang dulu dulu. Aku rasa takda kan? Semua orang nak letak nama yang ala-ala orang putihlah, nama yang konon nya unik lah. *maaf kalau tersinggung* Bukan nak menghina, cuma bila dah tahu takda lah kita nak bagi nama anak or nama siapa siapa yang kita tak tahu maksudnya. Kan?

Nama bukanlah hanya pada IC. Tapi nama adalah segala-galanya. Pernah dengar tak kata-kata adalah satu doa. Samalah jugak macam nama kita. Sebab itulah nama kita mesti mempunyai maksud nama yang baik supaya orang yang panggil itu ibarat dia mendoakan kita supaya menjadi yang baik seperti nama kita. 

Aku cuma nak kongsi sikit maksud nama Aimi dan Ameera. Okay, siapa yang macam nama aku tu korang memang 'ohhsemm' haha. Nak tahu sebab apa. Maksud nama tu terlampau indah. Jadilah macam nama kita tu.

Nama:
Aimi / Aimee / Aimey / Aimia / Aimie / Aimy / Amada / Amadea / Amadi / Amadia / Amadita / Amanada / Amanda / Amandalyn / Amandi / Amandie / Amandy / Amanta / Amia / Amie / Amilee / Amiko / Ammie /Ammy / Amy

Maksudnya :
Kesayangan / Yang layak untuk dicintai

Nama:
Ameera / Ameerah / Amera / Amerah / Amirah / Amyra / Amyrah / Meera / Meerah / Mera / Merah / Mira / Mera

Maksudnya:
Puteri

Kalau korang perasan ejaan dia kadang lain kan? Tapi maksud dia sama. Yang maksud nama A-M-E-E-R-A tu aku cari wikipedia. Dan sebelum ni pun aku memang dah pernah cari apa maksud nama tu. Cuma maksud nama A-I-M-I je aku tak jumpa jumpa finally aku pergi search dekat google jumpa satu blog yang bertajuk Koleksi Nama-Nama Bayi . Dari situ aku  jumpa maksud nama Aimi. Maksud nama aku ialah Puteri Kesayangan / Puteri Yang Layak Untuk Dicintai. Ya Allah indah nya nama tu. Aku bersyukur ada nama macam tu. In syaa Allah, aku akan jadi Puteri kesayangan Mama & Papa :')

Aku buat entry macam ni sebab aku terbaca Blog Ustaz Don Daniyal. Tapi sayang, ustaz tu jarang update blog dia. Tapi masih banyak information yang boleh kita dapat dari situ. In syaa Allah.

Me,

1 comment: