Hello! Welcome to AimiAmeeraNiros's Blog. Thanks for visiting, thanks for viewing && thanks for reading too. Please leave me some comment okay? (;

Friday, March 16, 2012

SPM dan Cita-Cita...


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua? :)

Dup dap dup dap jantung calon calon SPM 2011 semakin kencang apabila tiba 21 March 2012 iaitu pada   hari Selasa. Nak tahu apa hal? Biasalah, keputusan setelah korang berjaya stress kan diri selama sebulan lebih. *yeke?* HAHA. Aku dah alaminya dan akhirnya menangis tanda tak puas hati dan tak bersyukur. Nasib lah cousin aku cakap "okaylah tu, bersyukur lah" Apa apa hal pun lepas keputusan SPM korang keluar, sebutlah 'Alhamdulillah' walaupun dengan satu A dan redha. Okay?

Abang aku jugak salah satu mangsa SPM 2011 and 24/7 kata takut -.-' Masa SPM taknak takut, bila result dah nak keluar baru nak takut. Apa benda lahhh. Bagi aku abang aku ni orang yang pandai tapi taklah segenius Eistein. Kira macam tulah. Bila aku tanya dia "cita-cita abang nak jadi apa?" dan abang aku selalu cakap macam ni "entahlah, abang pun tak tahu. abang berserah pada takdir je lah" Pelik ayat abang aku. Tapi tulah yang berlaku pada korang semua kan? Taklah semua, kebanyakkan. Termasuk aku kot. Yelah, dulu bukan main aku pasang cita-cita nak jadi Fashion Designer. Last-last, aku jadi budak aliran science. Haaa, acane tu? 

Since aku jadi budak aliran science. Automatically aku tak tahu cita-cita aku. Berserah pada takdir jelah dan harap harap aku jadi doktor pakar ke, nurse ke *apa-apa yg ada kena mengena dengan aliran science lah* or lawyer <--- cita-cita baru :D Cewahhhh! HAHAHA -.- Bak kata kawan aku Nizah and Nazifa "suara kecik ada hati nak menjerit" HAHA :') Suara aku nak kata kecik tak jugak, nak kata besar tak jugak. Ntahlah nak describe macam mana. Macam mana lah nak jadi lawyer? HAHA. Tak salah nak pasang angan-angan tinggi melangit kan. Selagi kau rasa kau boleh capai bintang di langit!! ;)

 

Me,

No comments:

Post a Comment