Hello! Welcome to AimiAmeeraNiros's Blog. Thanks for visiting, thanks for viewing && thanks for reading too. Please leave me some comment okay? (;

Tuesday, November 22, 2011

Emas milik Malaysia!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua!

Harap semua pembaca blog aku sihat. Walaupun tak lah ramai sangat yang sudi baca blog aku yang buruk ni. Hahaha. Semalam iaitu 21 November 2011 telah berlansungnya final bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia. Seperti yang kita tahu Indonesia ialah tuan rumah Sukan Sea pada tahun ni.

Pada permulaan perlawanan, tuan rumah Sukan Sea iaitu Indonesia telah menjaring gol awal daripada Malaysia. Tapi pemain Malaysia atau lebih dikenali sebagai 'Harimau Muda' juga tidak berhenti mengasak kubu lawan. Sehinggalah pada minit ke 38, Malaysia berjaya menjaringkan gol untuk menyamai Indonesia. Asrarudin yang telah menjaringkan gol tersebut dengan hanya menanduk ke dalam gawang gol. Perlawanan diteruskan sehinggalah masa tamat. Malaysia dan Indonesia diberi masa tambahan untuk bermain kerana kedua dua masih seri. Apabila masa tambahan tamat. Malaysia dan Indonesia masih juga seri. Punya lah sengit perlawanan tu. Sapa yang tak tengok memang rugi lah korang. Satu family aku redha je lah, ANDAI KATA pemain Malaysia gagal untuk membawa pingat emas ke tanah air. Tapi ,aku tabik lah kepada pemain kita yang bermati-matian untuk pulang membawa pingat emas kita semua. Alhamdulillah, akhirnya tendangan penalti dibuat dan keputusan telah memihak kepada 'Harimau Muda' iaitu MALAYSIA dengan keputusan penalti Malaysia 4 dan Indonesia 3. Jadi keputusannya ialah 5-4. Akhirnya EMAS MILIK MALAYSIA! Alhamdulillah.

Harimau Muda

Ni lah pemain-pemain Harimau Muda A. Pada 23 November Malaysia akan menentang Syria di Stadium Bukit Jalil. Sapa yang belum beli tiket tu. Pergi lah beli sekarang. And tak lupa juga dengan pasukan 'Harimau Malaya' kita. Nak tengok gamba jugak ke? Alah, cerewet lah korang ni. Ok lah, ok lah. Nahhhhhh! Ambik kau. Haha. By the way, terima kasih atas kejayaan yang telah kita perolehi.

Harimau Malaya




Me ,

No comments:

Post a Comment